Cakera Padat atau Compact Disk (CD) e-Pembelajaran Pengakap 4.0 merupakan sumber digital kepada pembelajaran teradun (blended learning) yang digunakan oleh pensyarah, jurulatih dan siswa guru IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor dalam kursus Unit Beruniform Pengakap. e-Pembelajaran ini merangkumi topik-topik yang terdapat dalam kursus program PISMP MPU3062 Unit Beruniform.

Penggunaan pembelajaran pengakap 4.0 membolehkan pelajar untuk membuat pilihan tentang topik pembelajaran mereka dan dapat membantu pelajar untuk merancang dan melaksanakan pembelajaran pengakap mereka seperti dalam proses pembelajaran kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan melalui pembelajaran dalam talian. Oleh itu, pelajar boleh menggunakan teknologi untuk menerima nota kelas atau maklumat, melaksanakan kerja kursus dan berkomunikasi di mana sahaja.
CD e-Pembelajaran image
I BUILT MY SITE FOR FREE USING